PROFIL

LAMAN UTAMA | PENGENALAN | LATARBELAKANG | MATLAMAT | PROFIL | HUBUNGI KAMI | MENJADI AHLI | MENTOR | AKTIVITI | BERITA | RANGKAIAN

WanitaKU adalah hasil inisiatif Puan Ramlah Jalee beliau ialah seorang penasihat OKU (Orang Kurang Upaya) kepada Kementerian Wanita dan Hal Ehwal Keluarga. Beliau ialah seorang wanita OKU yang berjaya di Malaysia yang pernah memenangi beberapa anugerah didalam kejayaan dibidang kerjanya, seperti tokoh pekerja wanita negara. Puan Ramlah menjalani kehidupan normal dan mempunyai keluarga sendiri.
 
Laman ini dibangunkan oleh Puan Mazliah Othman dibawah tunjuk ajar dan nasihat dari Puan Ramlah Jalee. Puan Mazliah mendapat sokongan, galakan, dorongan dan bantuan dari suaminya. Minat beliau didalam hal ehwal wanita kurang upaya terbit setelah melihat ramai wanita-wanita kurang upaya yang tidak mendapat pendedahan dan peluang untuk bergaul dan aktif bersama dengan masyarakat umum. Kebanyakan mereka cuma mendiamkan diri dirumah masing-masing bagi yang masih mempunyai ibu-bapa atau menghuni pusat-pusat pemulihan atau rumah-rumah kebajikan. Ramai diantaranya yang tidak boleh berdikari. Beliau merasakan bahawa dirinya bernasib baik kerana dapat berpeluang bergaul dan aktif dikalangan masyarakat umum di Malaysia walaupun beliau sendiri seorang yang cacat anggota. Beliau berharap dengan ujudnya laman seperti ini dan kumpulan WanitaKU mereka dapat membuka mata akan peluang-peluang yang ada yang membolehkan mereka berdikari dimasa akan datang.   

Penaung dan pengasas WanitaKU:
Puan Ramlah Jalee
 
Webmaster:
Puan Mazliah Othman
 

Copyright 2004, @WanitaKU