LATARBELAKANG

LAMAN UTAMA | PENGENALAN | LATARBELAKANG | MATLAMAT | PROFIL | HUBUNGI KAMI | MENJADI AHLI | MENTOR | AKTIVITI | BERITA | RANGKAIAN

WanitaKU (Wanita Kurang Upaya) dibentuk berdasarkan matlamat yang diinginkan oleh Bangsa Bersatu.

 

Resolusi 37/52 bertarikh 3 haribulan 1982, perhimpunan agong bangsa-bangsa bersatu telah berjaya bersetuju untuk mengadakan “Program Tindakan berkenaan dengan orang kurang upaya sedunia”. Didalam resolusi tersebut didalam tempoh tahun 1983-1992 telah diistiharkan sebagai “Dekad untuk Orang Kurang Upaya Bangsa-Bangsa Bersatu”. Didalam tempoh ini negara-negara ahli telah digalakan untuk melaksanakan “Program Tindakan Dunia” itu. Salah satu matlamatnya ialah untuk menolong orang kurang upaya supaya boleh berdikari dan aktif didalam kehidupanya, setanding dengan orang lain didalam kehidupan sosialnya, dan memberikan sumbangan aktif didalam masyarakat majmuk. Orang-orang kurang upaya juga digalakan untuk bergiat sama membentuk polisi yang berkaitan dengan diri mereka. Pihak kerajaan juga disarankan supaya warga orang kurang upaya sendiri diberikan didalam membentuk polisi yang berkenaan dengan hal ehwal orang kurang upaya. Berdasarkan resolusi tersebut Suruhanjaya Sosial untuk Asia dan Pasific Bangsa-bangsa bersatu telah menjalankan projek “Bantuan untuk Pembangunan Pertubuhan Badan Pertolongan Diri untuk Orang Kurang Upaya”. Pertubuhan Pertolongan Diri untuk Orang Kurang Upaya adalah salah satu daripada progam bantuan ini.

Pertubuhan Pertolongan Diri didefinasikan sebagai satu pertubuhan yang dianggotai oleh sekumpulan individu yang mempunyai daya motivasi yang kental untuk membaiki diri mereka dan keadaan persekitaran mereka. Ahli-ahli kumpulan ini terlibat sepenuhnya dan aktif didalam kegiatan masyarakat. Mereka tidak meminggir dan mengasingkan diri dari masyarakat.

Dengan inspirasi dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kami menubuhkan satu kumpulan pertolongan diri untuk wanita-wanita kurang upaya anggota di Malaysia yang kami namakan WanitaKU.

Copyright 2004, @WanitaKU