PENGENALAN

LAMAN UTAMA | PENGENALAN | LATARBELAKANG | MATLAMAT | PROFIL | HUBUNGI KAMI | MENJADI AHLI | MENTOR | AKTIVITI | BERITA | RANGKAIAN

Kami adalah satu kumpulan wanita kurang upaya yang membentuk Kumpulan Pertolongan Diri yang dinamakan WanitaKU (Wanita Kurang Upaya). Kumpulan ini dianggotai oleh wanita-wanita kurang upaya fizikal dan ahli keluarga kami menjadi ahli bersekutu.

 

Tujuan kami adalah untuk mengeratkan perhubungan diantara warga wanita kurang upaya, memberikan semangat dan motivasi kepada rakan kurang upaya yang lain, menimbulkan kesedaran orang ramai berkenaan dengan wanita kurang upaya, membantu sesama sendiri terutama ahli yang sedang menghadapi masalah untuk mengatasi masalah mereka, berkongsi pengetahuan yang diperolehi dari pengalaman masing-masing, membantu wanita kurang upaya yang tidak mempunyai akses dan alat komunikasi, membantu memberikan latihan dan pekerjaan supaya mereka boleh berdikari, memberikan penerangan dan berita-berita berkenaan dengan aktiviti dan masalah yang disertai dan dihadapi oleh wanita kurang upaya, mengadakan peluang perniagaan dan dimasa akan datang kami bercita-cita untuk mentadbir satu pusat pertolongan diri untuk aktiviti diatas.

 

Laman ini digunakan sebagai alat untuk menerangkan tentang latarbelakang, visi, misi, inspirasi, dan aktivi-aktivi kami. Laman ini juga dijadikan sebagai satu alat komunikasi bersama rakan wanita kurang upaya selain dari mengunakan e-group kami http://groups.yahoo.com/group/wanitaku-malaysia

English translation:

Copyright 2004, @WanitaKU